REMAJA2DAY

PErHaTiKaNLaH ReMaJa hArI iNi

Faizal Tahir TERUK???? May 12, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 10:44 pm
Tags: ,

Pandangan dari www.saifulislam.com

Model Hijrah Songsang

May 10th, 2008 | by Abu Saif | | Print This Post Print This Post | Email this post Email this post |

Hati saya terguris.

Pedih telinga, pedih mata dan rasa terhina membaca komen-komen fanatik pihak yang mengkritik SS Mufti Perlis untuk mempertahankan Faizal Tahir yang ditegah dari membuat persembahan di Konsert Jom Heboh TV3 baru-baru ini.

Biar pun dalam beberapa hal saya berbeza pandangan dengan SS Mufti Perlis, tetapi beliau tetap di sisi saya seorang Ulama’, tokoh masyarakat, pemimpin institusi agama, pendidik rakyat malah lebih dari itu, seorang sahabat.

Cubit paha kanan, yang kiri terasa jua. Kerana itu, saya sendiri rasa offended melihat komen-komen liar yang busuk dilontarkan di sana sini mencaci SS Mufti Perlis atas kritikannya itu, sebagaimana yang tersiar di gua.com.my.

Ia menggambarkan betapa rosaknya harga diri rakyat negara kita yang moralnya sudah jatuh ke tahap muflis. Institusi hedonis mendukung jiwa kebal yang merempuh mudah sesiapa sahaja yang menyuarakan sebaliknya.

LEBIH UMUM

Walau bagaimana pun, secara jujurnya, saya rasa lebih tenang dan selesa, andaikata kritikan yang dibuat oleh SS Mufti Perlis tidak menjurus kepada Faizal Tahir secara peribadi, atau menjadikan Faizal Tahir sebagai kayu ukur untuk artis-artis lain.

Biar pun kita ada pertimbangan yang rasional untuk mengambil pendekatan sebegitu, sentimen peribadi itu dengan mudah mencetuskan suasana liar dalam reaksi balas terhadap kritikan seperti itu. Tetapi mungkin sudah lumrah masyarakat kita hari ini, jika dikias-kias dia buat tidak tahu. Jika disuluh terang dia melompat berang.

Akan tetapi, jika nama Faizal Tahir mahu disebut secara terang dan nyata, mungkin alasan yang SS Mufti beri harus lebih eksklusif dan spesifik. Alasan menari terlompat-lompat dan berambut panjang dijadikan hujah, mungkin agak longgar kerana saya kira ramai lagi artis lain yang lebih kritikal termasuk penyebar lagu-lagu cela seperti “Papa Jahat“, “Cinta Separuh Masa” dan “Makhluk Tuhan Paling Seksi” yang sungguh bertentangan dengan agama malah budaya bangsa yang ada jati diri, sejarah dan maruah ini.

Faizal Tahir masih moderate dalam konteks ini.

Namun bagai kata pepatah Arab, wa maa faata faat, wa man maata maat iaitu “yang sudah itu sudah, yang mati itu tetap mati”. Segalanya sudah berlaku.

Sudah tentu, komen saya ini bukan dengan maksud mahu mengajar SS Mufti, jauh sekali. Ia hanya perkongsian pandangan dari perspektif saya semata-mata.

Jika Faizal Tahir mahu dijadikan subjek, maka saya menyetujuinya dengan alasan yang sedikit berbeza. Saya tidak senang dengan Faizal Tahir bukan kerana cara beliau menyanyi atau apa-apa yang lazim dikaitkan dengan personaliti ini. Tetapi saya menolak beliau kerana mesej songsang yang dibawanya.

Songsang dalam ertikata, Faizal Tahir membawa sampel Hijrah yang salah arah! Dan beliau bukan yang pertama.

ISLAM BUKAN PENGHALANG KUALITI KARYA

Ketika satu demi satu artis berhijrah meninggalkan dunia hedonis kepada sebuah kehidupan yang lebih dekat dengan nilai Islam, personaliti bernama Faizal Tahir mengambil arah yang bertentangan. Beliau berhijrah ke dunia hedonis itu, dari sebuah kumpulan nasyid bernama Mirwana. Apa yang ditinggalkan oleh para artis yang mendapat petunjuk itu, itulah yang pula dipungut oleh seorang bekas penasyid bernama Faizal Tahir.

Apa yang lebih penting, para artis yang berhijrah seperti Aishah, Erma Fatima dan terkini Sheila Rusly atau yang lelakinya seperti Akil Hayy malah Amy Search… membuktikan bahawa penghijrahan tidak pula menyekat mereka daripada menghasilkan karya-karya yang hebat dan signifikan. Penghijrahan mereka adalah penghijrahan nilai dan cara hidup, sedangkan bakat seni yang ada terus menghasilkan output yang berkualiti malah berubah dari sekadar seni untuk seni, kepada seni untuk seruan kebaikan.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (riwayat al-Bukhari)

Sedangkan Faizal Tahir memberikan mesej sebaliknya iaitu beliau memperlihatkan seolah-olah ketulenan seni tidak boleh dilakukan dalam kehidupan yang berpegang dengan tatacara Islam lantas beliau berhijrah demi seni dan diri.

Lihatlah Yusuf Islam dengan album bukan nasyidnya seperti An Other Cup serta duet beliau bersama Ronan Keating… genre lagu Yusuf Islam bukan lagi nasyid seperti album The Last Prophet. Yusuf Islam dinamik pada genre seninya, tetapi akhlak, penampilan dan wacananya, masih Yusuf Islam. Dunia Yusuf Islam, bukan halangan kepada karya seni yang berkualiti.

Hijrah songsang bukan keperluan.

Jika Mirwana tidak mampu menampung bakat dan gelodak idea Faizal Tahir, beliau boleh meninggalkan Mirwana dan bergerak solo. Tetapi bukannya dengan meninggalkan penampilan, budi bahasa dan akhlaq yang disampaikan dalam genre Mirwana sebelum ini.

Saya khuatir dengan segala lambungan pujian dan kemenangan yang melimpah ruah sejurus selepas hijrah songsang Faizal Tahir, apakah nanti mudah baginya mencari JALAN PULANG?

Saya menolak metode Faizal Tahir kerana kasih saya kepadanya sebagai saudara seagama. Biar pun saya cuba untuk bersikap terbuka dalam hal ini, saya tetap gagal untuk menjustifikasikan bagaimanakah Allah SWT boleh merestui perubahan yang dilakukan oleh Faizal Tahir di dalam hijrah songsangnya?

Maaf kerana terlalu banyak menyebut nama…. semuanya dilafaz hanya dengan sebuah nawaitu..

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian yang mutlaq. Kecuali golongan yang beriman dan beramal saleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran”

Semoga SS Mufti Perlis dan barisan Ulama’ ummah terus memainkan peranan mereka memberikan inzar kepada masyarakat dan kita semua dilunakkan hati oleh Allah untuk melihat kehidupan dari pandangan Pencipta kehidupan…

Dan supaya pembaca tidak hilang fokus, subjek artikel ini bukan SS Mufti Perlis, bukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti, bukan konsert Jom Heboh, tetapi Faizal Tahir dan model hijrah songsang!

 

Ikuti Berita Sufiah Yusof April 20, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 10:32 am
 

Rapuhnya nilai akhlak manusia masa kini April 12, 2008

Filed under: islamic — gruncy @ 10:40 pm
Tags: , ,

Islam satu-satunya agama (cara hidup) yang diperakui oleh Allah SWT yang diperuntukkan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia serta makhluk yang lain.

Islam yang menjadi mercu tanda kegemilangan di zaman Rasulullah s.a.w, kemudian disambung oleh para sahabat nabi, setelah itu diperpanjangkan oleh sistem pemerintahan Islam seperti pemerintahan Bani Umaiyah, ‘Abbasiyyah sehinggalah ke era pemerintahan Islam ‘Othmaniyyah di Turki.

Matlamat utama penubuhan negara Islam tersebut adalah untuk merealisasikan tuntutan agama menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Tetapi matlamat tersebut lenyap dengan berakhirnya negara Islam di Turki yang jatuh ke tangan British menerusi pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atarturk. Di mana beliau menjadi dalang untuk melihat Islam dikikis dari bumi Turki.

Ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia kehilangan kepimpinan Islam dan mereka amat dahagakan kepimpinan tersebut, kerana teori barat ataupun isme ciptaan manusia yang sudah lama bertapak sejak puluhan malah ratusan tahun tidak mampu menjadikan manusia sebagai insan yang bertamaddun dalam segenap tindak-tanduk mereka.

Ini dapat dilihat kerakusan manusia dalam pentas dunia, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, seolah-olah menggambarkan pihak yang kuat dan lantang menguasai yang lemah.

Kekuatan teknologi dan senjata nuklear menentukan segala-galanya, pengguguran bom di bumi Hiroshima dan Nagasaki membuktikan tindakan yang kejam.

Pencabulan Israel pada awal 80an di Sabra dan Shatila yang mengorbankan banyak nyawa, serangan Soviet Union (sekarang Russia) dan yang terkini serangan kuasa besar Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan kononnya memerangi pengganas, sehingga ke hari ini Amerika tidak mampu mengemukakan sebarang bukti yang nyata bahawa Osama Bin Laden bertanggung-jawab memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon yang dikenali dengan peristiwa 11 september.

Peristiwa 11 September itu, seolah-olah dilihat sebagai batu loncatan buat Amerika untuk bertindak atas slogan hak asasi manusia. Akibatnya orang tua, wanita, kanak-kanak serta harta benda awam musnah hasil bedilan bom tercanggih Amerika. Ini juga menggambarkan seolah-olah bumi Afghanistan medan raptai segala ciptaan nuklearnya.

Amerika yang dianggap dunia sebagai sebuah negara maju dalam segenap bidang hidup, antaranya pencapaian teknologi maklumat, ekonomi,hiburan dan lain-lain, namun tidak mampu membendung jenayah di wilayah Amerika yang berlaku setiap detik seperti yang dilaporkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Hollywood yang mengaut keuntungan luar biasa hasil penjualan filem, dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada terhakisnya nilai akhlak di kalangan manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Sumbangannya itu tidak terbatas hanya kepada negara barat sahaja, malah menembusi pasaran Asia termasuklah Malaysia yang tidak terkecuali kerana Malaysia dianggap salah sebuah negara yang berpotensi dalam segala hal.

Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.

Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya iaitu “Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka”.

Justeru, umat Islam khasnya di segenap pelusuk dunia, mesti bersedia untuk kembali kepada ajaran Islam tulen, iaitu mendalami ilmu Islam seperti Usuluddin dan Syari’ah, sejarah Islam seperti sejarah hidup Rasulullah s.a.w, para nabi, para sahabat, para ‘ulamak serta tokoh-tokoh Islam.

Ini kerana semua maklumat tersebut dapat membantu daya tahan dalaman seseorang muslim, malah dapat menghilangkan krisis keyakian umat Islam terhadap agama mereka sendiri.

artikel dari – Ustaz Zainudin Hashim

 

Sufiah Yusof! HOT April 10, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 1:33 pm
Tags: ,

Bila kes macam ni berlaku. Kita hairan. Mengapa jadi begini? Mengapa pelajar yang genius sebegitu mampu terjebak dalam kancah yang tidak sepatutnya?

Adakah menjadi seorang Genius menyebabkan seorang tu jadi begitu?

Takkan…

Imam Shafie dulu pun genius jugak. Umur 13 sudah jadi Mufti. So, x salahkan genius ni kan.

Cuma kalau genius sahaja, cara didikan dan suasana persekitaran yang membentuk peribadi seseorang itu tidak islamic. Maka rosaklah manusia tersebut!

So dimana salahnya?

Macam mana kita nak mengelakkan perkara sebegini?

1. Genius tapi berteraskan Islam

2. Amalkan Al-Qur’an dan Sunnah. Insyaallah berjaya

 

Cinta Remaja April 2, 2008

Filed under: cinta — gruncy @ 2:50 pm

Sekarang Uzair sedang menilai cinta Remaja hari ini. Mahu bercinta, tapi bila disarankan berkahwin tak mahu.

Apa nih, bila bercinta. Mahu, kita nasihat jangan la terlalu mesra. Duduk nak berdua-dua. Apa cerita? Tak mahu dengar. Bila diutarakan persoalan kahwin. Pandai pulak jawab. Aku ni muda lagi, tak fikir pun nak kahwin.

Habis tu, apa motifnya bercinta. Memuaskan nafsu, merajakan hati. Tak faham la Uzair. Bukan tak boleh bercinta. oleh, tapi ada syaratnya. Kahwin, bila sudah suka. Tapi bila persoalan kahwin diutarakan. Remaja mula memikirkan jelik. Sedangkan perkahwinan ini sesuatu perkara yang suci.

Berkahwin adalah cara menghalalkan percintaan dan membuktikan ketulusan cinta yang sejati.

Kalau sekadar memuaskan nafsu. Kononnya kesepian, mahu berteman. Tidak perlulah bercinta. Jika anda menyatakan bahawa ingin berteman. Mengapa tidak berkawan dengan yan sejantina. Melalui pengamatan saya. Saya sebagai lelaki selalu memerhati dari jauh. Mengapa wanita / perempuan tidak boleh berbaik dengan semua perempuan. Contoh mudah. Mengapa dalam sesuatu kelas, perempuan2 ni berkelompok / berpuak-puak. Pertelingkahan dan sikap irihati selalu terjadi.

Bagi uzair, jika hal begini terjadi. Maka cinta yang anda dambakan tidaklah sesuci yang anda fikirkan. Jika ikhlas bercinta teruskan dengan pernikahan. Jika ingin bernikah, fikirkan dulu tanggugjawab. Jika tidak mampu. Jangan cuba. Jika anda tidak mampu menjadi suami / isteri atau ibu / bapa jangan pandai-pandai bercinta.

 

Boikot Belanda… April 2, 2008

Filed under: islamic — gruncy @ 2:39 pm

Saya kurang setuju la.

Sebab apa?

Setelah meneliti dan membaca beberapa pandangan dan menilai sendiri dari akal fikiran.

First, mari kita tengok sebab apa kita diminta boikot

Sebab apa kita boikot :-

1. Melumpuhkan ekonomi Belanda.

2. Menjadikan ini pengajaran kepada Belanda dan negara-negara lain.

Tapi persoalannya?

1. Adakah kerajaan Belanda yang meluluskan atau menerbitkan video Fitna ini? Tidak, video ini hanya disiarkan oleh seorang ahli politk Belanda dalam sebuah blog dia. Bukan kerajaan Belanda yang menerbitkan. Malah kerajaan Belanda menegaskan penolakanterhadap video ini. Tidak seperi DENMARK. Kerajaan menyokong.

2. Barangan Belanda di Malaysia seperti Dutch Lady 50% pemegang saham adalah orangIslam, rakyat Malaysia. Pekerja kilang Dutch ady juga klau tak salah saya ramai. So, kalau boikot. Tidakkah zalim kita kepada bangsa kita sendiri?

3. Penduduk Belanda juga ada yang beragama Islam. Adakah mereka setuju dengan video Fitna itu? Tidak, so adakah mereka yang perlu dipersalahkan.

4. Didedahkan melalui internet. Sepatutnya individu yang menyiarkan dikecam. Bukan negara. Mahukah kita jika pemimpin politik kita mengeluarkan sesuatu pendapat yang menggugat bangsa lain. Salah ahli politik tersebut. Tiba-tiba kita diboikot. Kita dihina?

Fiki-fikirkan lah

 

Fitna Film.. March 31, 2008

Filed under: islamic — gruncy @ 4:38 pm

Assalamualaikum…

Pelik betul orang sekarang ni. Kenapa nak cari pasal. Keluarkan benda-benda yang ada unsur sensitiviti. Mengapa? Kenapa? Apa untungnya? tak faham betul…(cari publisiti nih)

Tapi filem ni.. saya rasa dapat kita ambil pengajaran dia, :-

1. Ayat Al-Qur’an tidak boleh diterjemah suka hati. Kena tahu sebab nuzul. Hadis-hadis sahih yang menyokong. Jangan main bantai je. (kalau main bantai je.. macam ni la jadi.)

Info filem FITNA :

1. Ditayangkan oleh Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders.

2. Menggunakan surah-surah berikut dalam filem :-

  • Surat 8 Al-Anfal ayat 60
  • Surat 4 An-Nisa’ ayat 56
  • Surat 47 Muhammad ayat 4
  • Surat 4 An-Nisa’ ayat 89
  • Surat 8 Al-Anfal ayat 39

Tapi dia menterjemah ikut kepala dia. Mana boleh macam tu. Islam meletakkan syarat untuk menterjemah Al-Qur’an. Syarat untuk menterjemah Al-Quran terlalu banyak, antaranya fasih bahasa arab. Bukan setakat fasih bercakap. Tahu Nahu, Balaghah, A’rob..mcm2 lagi la.. x larat nak sebut la.. Ni yang terjemah tu…dia tahu ke bahasa arab..isk3.. Kepada anda, nasihat Uzair lepas ni.. Klau dapat maklumat dari internet lepas ni. Tanyala orang yang arif. Sekarang ni.. macam2.. Takut tersilap langkah.. Tak fasal2 sesat. Wassalam

 

al-wahy March 31, 2008

Filed under: islamic — gruncy @ 3:25 pm

Satu lagi search engine yg dipanggil al-wahy..function dia lbh kurang cam google,yahoo,msn..web ni bukan saje boleh email,messenger,you tube,upload video sume..tapi yg bestnye sume berkaitan Islam..xde lagi advertisement2 yg tak2 elok..kita bole dengar byk talk islam..

ni la antara usaha kita nak martabatkan Islam. klik sini

 

Internet dan Remaja March 31, 2008

Filed under: XTVT — gruncy @ 10:44 am

Apa yang anda lakukan ketika melayari internet?

1. Chatting?

2. Browsing?

3. Cuba dapat duit dari internet?

4. Buat blog

5. Dapat maklumat?

Sila tinggalkan komen anda.. ehehehe.. tgok apa yang remaja buat dgn internet

 

Program Remaja di TV3 March 31, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 7:43 am

Semua tahukan TV3 ada satu slot diberi nama REMAJA.

Sebelum masuk cerita pasal REMAJA tu.. Uzair ada terima add satu budak perempuan ni.. Id dia cute…..( tak boleh la bg hbs,  mana boleh la). Nak jadikan cerita, budak perempuan ni ebtah dari mana-mana lah datangnya add Uzair. Tertiba-tiba, dibantainya BUZZ banyak-banyak kali. Uzair pun panas jugak la. Apa hal… Dah la baru add. Tapi relax lagi la.. Bagi salam.. dia pun jawab la. Pastu Uzairpun tanya la. Awak ni siapa? Biasala..kita ni pun curious jgk la. Dia pun cakap la nama dia Ji….(hehehehe,,bukan nama sebenar) Tak apa la, pastu tengok gambar dia la kan. Fuh bleh tahan la. Cun, cantik, bergaya dengan tudung dia. Fuiyoo..  adala ciri-ciri  wanita solehah tu. Tak pe la, bila tengok gitu, tanyalah awak amik mana id saya.. Pastu dia cakap la, dia tengok iklan voip saya di www.webcalldirect.wordpress

Saya pun sukala, tambah customer lagi ari nih.. Tapi dia bukan tanya pasal voip, dia melencong ke lain..isk3.. kenapa minah ni? Pastu ada member masuk bilik Uzair ni.. Sajala member2 serumah biasala.. Dia tengok uzair punya laptop.. Tahu dia cakap apa? “Weh, ni budak baru add aku tadi, aku pun tak kenal”..

Tiba-tiba saja uzair rasa x sedap hati. Macam mana minah ganu nih boleh add kita orang yang ada kat Mesir ni serentak.. Dah la tak kenal pulak. Untuk prove betul minah tu. Uzair pu pergi la tngok laptop member. Ya Allah. Sah memang minah tu. Tapi luluh hati Uzair..hancur berkecai..

Tahu pasal apa? minah ni.. Tadi tengok muslimah la sangat. Tertarik la jugak. Tapi bila tengok kat laptop member. Orang yang sama. MasyaAllah, apa nih.. free hair.. abis mengancam. Uzair pkir, ini macam… x boleh buat bini maaa.

(p/s – Cerita ni sebagai pengajaran, gurl lelaki ni memang suka la kalau korang ni dedah sana, dedah sini.. Tapi suka… ahahaha faham la, kalau nak buat bini..sori la, tak ambik macam ni punya.)

Berbalik pada tajuk asal, sorila uzair ni bila bercerita melalut je. Kadang-kadang Uzair tak setuju cara program REMAJA ni membawa imej mereka terutama hos-hos. Ye la, macam  mana nak setuju.. Yang perempuan sudah confirm x pakai tudung. Yang lelaki pulak sudah tentu rambut macam landak x mandi seminggu. Tercacak sana, tercacak sini. Siap diselaputi selut-selut tanah merah. Entah dari bendang mana… Inikah yang kita nak jadikan sebagai ikon? Opzz..bila sebut ikon, teringat kepada perkataan IDOLA.. Dulu masa kecik2 korang sendiri ingatkan, cikgu mesti ada suruh buat karangan tajuk  “Idola saya”. Fuh, idola ni kalau kita faham betul-betul… fuh, maksudnya menjadikan seorang itu sebagai ikutan.. tanpa mengenal peribadi dia.. Baik ke buruk ke hancus ke.. Main redah, sesah je..

Macam ni bahaya, saya kurang setuju. Mana boleh main belasah je.. Bahaya tu. Kita kena tengok perwatakan orang dan akhlak dia kalau nak ikut pun… Hehehe.. tapi macam mana pun produser rancangan tu mesti nak cari ramai peminat rancangan dia.. Kalau buat rancangan REMAJA MUSLIM. Ada ke orang nak tengok? Apa anda fikir…

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.