REMAJA2DAY

PErHaTiKaNLaH ReMaJa hArI iNi

Faizal Tahir TERUK???? May 12, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 10:44 pm
Tags: ,

Pandangan dari www.saifulislam.com

Model Hijrah Songsang

May 10th, 2008 | by Abu Saif | | Print This Post Print This Post | Email this post Email this post |

Hati saya terguris.

Pedih telinga, pedih mata dan rasa terhina membaca komen-komen fanatik pihak yang mengkritik SS Mufti Perlis untuk mempertahankan Faizal Tahir yang ditegah dari membuat persembahan di Konsert Jom Heboh TV3 baru-baru ini.

Biar pun dalam beberapa hal saya berbeza pandangan dengan SS Mufti Perlis, tetapi beliau tetap di sisi saya seorang Ulama’, tokoh masyarakat, pemimpin institusi agama, pendidik rakyat malah lebih dari itu, seorang sahabat.

Cubit paha kanan, yang kiri terasa jua. Kerana itu, saya sendiri rasa offended melihat komen-komen liar yang busuk dilontarkan di sana sini mencaci SS Mufti Perlis atas kritikannya itu, sebagaimana yang tersiar di gua.com.my.

Ia menggambarkan betapa rosaknya harga diri rakyat negara kita yang moralnya sudah jatuh ke tahap muflis. Institusi hedonis mendukung jiwa kebal yang merempuh mudah sesiapa sahaja yang menyuarakan sebaliknya.

LEBIH UMUM

Walau bagaimana pun, secara jujurnya, saya rasa lebih tenang dan selesa, andaikata kritikan yang dibuat oleh SS Mufti Perlis tidak menjurus kepada Faizal Tahir secara peribadi, atau menjadikan Faizal Tahir sebagai kayu ukur untuk artis-artis lain.

Biar pun kita ada pertimbangan yang rasional untuk mengambil pendekatan sebegitu, sentimen peribadi itu dengan mudah mencetuskan suasana liar dalam reaksi balas terhadap kritikan seperti itu. Tetapi mungkin sudah lumrah masyarakat kita hari ini, jika dikias-kias dia buat tidak tahu. Jika disuluh terang dia melompat berang.

Akan tetapi, jika nama Faizal Tahir mahu disebut secara terang dan nyata, mungkin alasan yang SS Mufti beri harus lebih eksklusif dan spesifik. Alasan menari terlompat-lompat dan berambut panjang dijadikan hujah, mungkin agak longgar kerana saya kira ramai lagi artis lain yang lebih kritikal termasuk penyebar lagu-lagu cela seperti “Papa Jahat“, “Cinta Separuh Masa” dan “Makhluk Tuhan Paling Seksi” yang sungguh bertentangan dengan agama malah budaya bangsa yang ada jati diri, sejarah dan maruah ini.

Faizal Tahir masih moderate dalam konteks ini.

Namun bagai kata pepatah Arab, wa maa faata faat, wa man maata maat iaitu “yang sudah itu sudah, yang mati itu tetap mati”. Segalanya sudah berlaku.

Sudah tentu, komen saya ini bukan dengan maksud mahu mengajar SS Mufti, jauh sekali. Ia hanya perkongsian pandangan dari perspektif saya semata-mata.

Jika Faizal Tahir mahu dijadikan subjek, maka saya menyetujuinya dengan alasan yang sedikit berbeza. Saya tidak senang dengan Faizal Tahir bukan kerana cara beliau menyanyi atau apa-apa yang lazim dikaitkan dengan personaliti ini. Tetapi saya menolak beliau kerana mesej songsang yang dibawanya.

Songsang dalam ertikata, Faizal Tahir membawa sampel Hijrah yang salah arah! Dan beliau bukan yang pertama.

ISLAM BUKAN PENGHALANG KUALITI KARYA

Ketika satu demi satu artis berhijrah meninggalkan dunia hedonis kepada sebuah kehidupan yang lebih dekat dengan nilai Islam, personaliti bernama Faizal Tahir mengambil arah yang bertentangan. Beliau berhijrah ke dunia hedonis itu, dari sebuah kumpulan nasyid bernama Mirwana. Apa yang ditinggalkan oleh para artis yang mendapat petunjuk itu, itulah yang pula dipungut oleh seorang bekas penasyid bernama Faizal Tahir.

Apa yang lebih penting, para artis yang berhijrah seperti Aishah, Erma Fatima dan terkini Sheila Rusly atau yang lelakinya seperti Akil Hayy malah Amy Search… membuktikan bahawa penghijrahan tidak pula menyekat mereka daripada menghasilkan karya-karya yang hebat dan signifikan. Penghijrahan mereka adalah penghijrahan nilai dan cara hidup, sedangkan bakat seni yang ada terus menghasilkan output yang berkualiti malah berubah dari sekadar seni untuk seni, kepada seni untuk seruan kebaikan.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (riwayat al-Bukhari)

Sedangkan Faizal Tahir memberikan mesej sebaliknya iaitu beliau memperlihatkan seolah-olah ketulenan seni tidak boleh dilakukan dalam kehidupan yang berpegang dengan tatacara Islam lantas beliau berhijrah demi seni dan diri.

Lihatlah Yusuf Islam dengan album bukan nasyidnya seperti An Other Cup serta duet beliau bersama Ronan Keating… genre lagu Yusuf Islam bukan lagi nasyid seperti album The Last Prophet. Yusuf Islam dinamik pada genre seninya, tetapi akhlak, penampilan dan wacananya, masih Yusuf Islam. Dunia Yusuf Islam, bukan halangan kepada karya seni yang berkualiti.

Hijrah songsang bukan keperluan.

Jika Mirwana tidak mampu menampung bakat dan gelodak idea Faizal Tahir, beliau boleh meninggalkan Mirwana dan bergerak solo. Tetapi bukannya dengan meninggalkan penampilan, budi bahasa dan akhlaq yang disampaikan dalam genre Mirwana sebelum ini.

Saya khuatir dengan segala lambungan pujian dan kemenangan yang melimpah ruah sejurus selepas hijrah songsang Faizal Tahir, apakah nanti mudah baginya mencari JALAN PULANG?

Saya menolak metode Faizal Tahir kerana kasih saya kepadanya sebagai saudara seagama. Biar pun saya cuba untuk bersikap terbuka dalam hal ini, saya tetap gagal untuk menjustifikasikan bagaimanakah Allah SWT boleh merestui perubahan yang dilakukan oleh Faizal Tahir di dalam hijrah songsangnya?

Maaf kerana terlalu banyak menyebut nama…. semuanya dilafaz hanya dengan sebuah nawaitu..

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian yang mutlaq. Kecuali golongan yang beriman dan beramal saleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran”

Semoga SS Mufti Perlis dan barisan Ulama’ ummah terus memainkan peranan mereka memberikan inzar kepada masyarakat dan kita semua dilunakkan hati oleh Allah untuk melihat kehidupan dari pandangan Pencipta kehidupan…

Dan supaya pembaca tidak hilang fokus, subjek artikel ini bukan SS Mufti Perlis, bukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti, bukan konsert Jom Heboh, tetapi Faizal Tahir dan model hijrah songsang!

 

Ikuti Berita Sufiah Yusof April 20, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 10:32 am

 

Sufiah Yusof! HOT April 10, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 1:33 pm
Tags: ,

Bila kes macam ni berlaku. Kita hairan. Mengapa jadi begini? Mengapa pelajar yang genius sebegitu mampu terjebak dalam kancah yang tidak sepatutnya?

Adakah menjadi seorang Genius menyebabkan seorang tu jadi begitu?

Takkan…

Imam Shafie dulu pun genius jugak. Umur 13 sudah jadi Mufti. So, x salahkan genius ni kan.

Cuma kalau genius sahaja, cara didikan dan suasana persekitaran yang membentuk peribadi seseorang itu tidak islamic. Maka rosaklah manusia tersebut!

So dimana salahnya?

Macam mana kita nak mengelakkan perkara sebegini?

1. Genius tapi berteraskan Islam

2. Amalkan Al-Qur’an dan Sunnah. Insyaallah berjaya

 

Program Remaja di TV3 March 31, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 7:43 am

Semua tahukan TV3 ada satu slot diberi nama REMAJA.

Sebelum masuk cerita pasal REMAJA tu.. Uzair ada terima add satu budak perempuan ni.. Id dia cute…..( tak boleh la bg hbs,  mana boleh la). Nak jadikan cerita, budak perempuan ni ebtah dari mana-mana lah datangnya add Uzair. Tertiba-tiba, dibantainya BUZZ banyak-banyak kali. Uzair pun panas jugak la. Apa hal… Dah la baru add. Tapi relax lagi la.. Bagi salam.. dia pun jawab la. Pastu Uzairpun tanya la. Awak ni siapa? Biasala..kita ni pun curious jgk la. Dia pun cakap la nama dia Ji….(hehehehe,,bukan nama sebenar) Tak apa la, pastu tengok gambar dia la kan. Fuh bleh tahan la. Cun, cantik, bergaya dengan tudung dia. Fuiyoo..  adala ciri-ciri  wanita solehah tu. Tak pe la, bila tengok gitu, tanyalah awak amik mana id saya.. Pastu dia cakap la, dia tengok iklan voip saya di www.webcalldirect.wordpress

Saya pun sukala, tambah customer lagi ari nih.. Tapi dia bukan tanya pasal voip, dia melencong ke lain..isk3.. kenapa minah ni? Pastu ada member masuk bilik Uzair ni.. Sajala member2 serumah biasala.. Dia tengok uzair punya laptop.. Tahu dia cakap apa? “Weh, ni budak baru add aku tadi, aku pun tak kenal”..

Tiba-tiba saja uzair rasa x sedap hati. Macam mana minah ganu nih boleh add kita orang yang ada kat Mesir ni serentak.. Dah la tak kenal pulak. Untuk prove betul minah tu. Uzair pu pergi la tngok laptop member. Ya Allah. Sah memang minah tu. Tapi luluh hati Uzair..hancur berkecai..

Tahu pasal apa? minah ni.. Tadi tengok muslimah la sangat. Tertarik la jugak. Tapi bila tengok kat laptop member. Orang yang sama. MasyaAllah, apa nih.. free hair.. abis mengancam. Uzair pkir, ini macam… x boleh buat bini maaa.

(p/s – Cerita ni sebagai pengajaran, gurl lelaki ni memang suka la kalau korang ni dedah sana, dedah sini.. Tapi suka… ahahaha faham la, kalau nak buat bini..sori la, tak ambik macam ni punya.)

Berbalik pada tajuk asal, sorila uzair ni bila bercerita melalut je. Kadang-kadang Uzair tak setuju cara program REMAJA ni membawa imej mereka terutama hos-hos. Ye la, macam  mana nak setuju.. Yang perempuan sudah confirm x pakai tudung. Yang lelaki pulak sudah tentu rambut macam landak x mandi seminggu. Tercacak sana, tercacak sini. Siap diselaputi selut-selut tanah merah. Entah dari bendang mana… Inikah yang kita nak jadikan sebagai ikon? Opzz..bila sebut ikon, teringat kepada perkataan IDOLA.. Dulu masa kecik2 korang sendiri ingatkan, cikgu mesti ada suruh buat karangan tajuk  “Idola saya”. Fuh, idola ni kalau kita faham betul-betul… fuh, maksudnya menjadikan seorang itu sebagai ikutan.. tanpa mengenal peribadi dia.. Baik ke buruk ke hancus ke.. Main redah, sesah je..

Macam ni bahaya, saya kurang setuju. Mana boleh main belasah je.. Bahaya tu. Kita kena tengok perwatakan orang dan akhlak dia kalau nak ikut pun… Hehehe.. tapi macam mana pun produser rancangan tu mesti nak cari ramai peminat rancangan dia.. Kalau buat rancangan REMAJA MUSLIM. Ada ke orang nak tengok? Apa anda fikir…

 

kes rogol… March 30, 2008

Filed under: Uncategorized — gruncy @ 10:58 pm

Hari ni terbaca berita harian online... kes rogol sekarang menjadi-jadi.. Ntah la nak kata apa.. sampai muak dah baca paper hari-hari rogol.. Ntah apa-apa la.. Nak kiamat gamaknya.

Yang menariknya, perempuan yang kena rogol tu semuanya macam nak jer.. tak faham la Uzair( nama panggilan saya..hehe, perkenal diri sikit).. Sori pada gurl2 yg baca, bukan apa.. Perempuan hari ni murah sangat, kenal dua tiga hari.. Mula la nak keluar date. Keluar pulak, bukan nak ajak member ke apa ke.. Keluar date sorang2. Kononnya, baru la romantk. Romantik la sangat, malam tu jugak le kena ngap…. huhu.. entahla… senang pulak gurl sekarang ni erk..

Lelaki pulak, adus susahkan.. dalam hal ni.. mmg la dua-dua salah.. Tapi, my opinion la..Perempuan la perlu pandai jaga diri. Lelaki, kira apa… Mesti fikir…aku x rugi pepe pun.. ( Guys – Pesanan klau ade la lelaki mcm nie.. Beringat la skit… x kena dunia.. akhirat kena…. akhirat kena lagi teruk… silap2, duniapun kena HIV ke gonorea ka, amik ko )

Maybe solution dia, bagi Uzair la.. Ala parents kalau tengok anak diaorang nih gedik semacam je… Cepat-cepatla cari calon yang bagus skit..korang pun kalau da tak bleh tahan sangat tu. Apa salahnya, pujuk parents korang. Bagi kawin je la Ok see u 2moro with info panas skit..